Nor Fazira dinikahkan dengan Mohd Fahmi pada 17 November 2012, ketika itu usia Fazira baru 12 tahun manakala Mohd Fahmi 19 tahun. Pada tanggal 11 November 2013, pasangan ini disahkan bercerai atas alasan peribadi yang telah diketahui ramai, namun usahlah diheboh-hebohkan sebab itu, ya? Ia mampu menjatuhkan maruah kedua-dua belah pihak.
Sementara itu, jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim mengesahkan pasangan terbabit sudah membuat pendaftaran penceraian di pejabat terbabit pada dua minggu lalu.
Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di Kulim, dengan wang hantaran RM4, 552 serta mas kahwin sebanyak RM1, 500 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur oleh Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.
Nor Fazira bernasib malang kerana menjadi janda pada usia yang muda. Semoga beliau tabah mengharungi dugaan yang menimpa dirinya.
Post kali ini juga disertakan bersama video: